Himpunan Resepi

Blog ini menghimpunkan resepi-resepi dari pelbagai sumber untuk maafaat semua orang . Kredit diberikan kepada pemilik asal resepi.

ANDA MUNGKIN MINAT?

02 February

02 February

Resepi Bayi: Bihun Goreng Singapore


Resepi Makanan Baby Dan Cara Membuat Bihun Goreng Singapura/Singapore Untuk Bayi

Pagi tadi makcik tak tahu nak buat sarapan apa untuk anak makcik yang berumur setahun 3 bulan, fikir punya fikir makcik buatlah bihun Singapore.

Bahan-bahan
Bihun
Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Sedikit rempah sup
Carrot
Potongan ayam

Cara-caranya
-Tumis bawang putih diikuti bawang merah
-Masukkan lada hitam kemudian masukkan air, ayam dan Sedikit rempah sup, biar seketika sehingga lada hitam dan ayam masak
-Masukkan carrot, masukkan sos tiram dan garam
-Kemudian masukkan bihun dan goreng sehingga bihun lembut
-Siap dan boleh bagi anak makan

31 January

31 January

Ayam Percik Maggi Air Fryer Simple Dan Mudah


Resepi Dan Cara Membuat Ayam Percik Maggi Menggunakan Air Fryer

Bahan-bahan
Ayam
Pes ayam percik maggi
Halia
Serai

Cara-caranya
-Perap ayam dengan halia dan serai kisah
-Masukkan dalam pressure cooker 15 minit
-Perap dengan pes ayam percik maggi
-Bakar 20 Minit suhu 200

Perkongsian oleh: Sally Sam di group FB Resepi Air Fryer [Malaysia]
31 January

Resepi Rice Paper Dumplings Senang Dan Sedap


Resepi Dan Cara Membuat Rice Paper Dumplings
Jom kita cuba buat rice paper dumplings ni nampak menarik je kan..

Resepi seperti berikut:

Bahan-bahan
Ayam/Daging kisar
Bawang holland/besar
Bawang putih
Daun sup dan bawang
Carrot 
Kubis
Serbuk perasa maggi
Garam secukup rasa
Sos tiram
Lada sulah
Tepung Jagung 1 sdb
(Satukan kesemuanya dan gaul sebati)

Rice paper
Basahkan, gulung/balut seperti biasa

-Boleh buat secara kukus atau goreng, ikut citarasa anda

Perkongsian oleh: Shaa Zainol di group Mahn

03 November

03 November

Resepi Viral 2022 Donut Red Velvet


Resepi Dan Cara Membuat Donut Red Velvet
Sekarang tengah viral donut red velvet pula, sebelum ini donut susu. Jom kita cuba!

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis instant
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar emulco Red Velvet
3/4 cawan air suam
Secubit garam
1 sudu besar marjerin


Cara-caranya
-Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin
-Gaul dan uli sampai sebati
-Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin
-Perap 30 minit - 1 jam. Bentukkan jadi donut guna acuan/tangan
-Perap lagi 20-30 minit. Goreng dalam minyak panas, api perlahan dan siap

Perkongsian oleh: Khairunnisa Mohammad (FB), Youtube: MAMA ECAH'S HOMEMADE

24 September

24 September

Resepi Muffin Paling Mudah Air Fryer


Resepi Dan Cara Membuat Muffins Paling Mudah Menggunakan Air Fryer
Rasa tak tahu nak buat apa? jom kita cuba buat muffins yang senang dan tak banyak bahan sangat.

Bahan
1 cawan setengah majerin/butter
* 1 cup gula
* Esen Vania
* 4 biji telur
* Garam secubit
2 cawan Tepung naik sendiri

Cara-caranya
-Cairkan butter, Blend butter yg dah di cairkan dengan gula, telur, esen vanilla, garam dalam 3 minit
-Gaulkan bahan yang dah blender dengan tepung naik sendiri
-Panaskan af dalam 5 minit suhu 180
-Bakar: suhu 180 selama 15 minit

Perkongsian oleh: Nur Hayati Yahya di group FB Resepi Air Fryer [Malaysia]

29 July

29 July

Resepi Roti Cucur Udang Rangup Cicah Sos


Resepi Dan Cara Membuat Roti Cucur Udang Rangup
-Petang-petang pasti sedap makan cucur udang ramai-ramai bersama keluarga

Resepi seperti berikut:

1 cawan tepung gandum
1/2 tepung beras
1st garam halus
1st gula
1st serbuk secukup rasa
1st serbuk kunyit
1st baking powder
2 cawan air sejuk
Anak udang 
Segengam daun kucai dipotong dan carot disagat
Gaul sebati semua bahan
Minyak untuk mengoreng
Adunan tidak terlalu pekat & tidak terlalu Cair

Cara goreng
Sisip tepi kuali untuk hasil yang ranggup

Siap boleh makan cicah bersama sos

Perkongsian oleh: Roslina di group Mahn
29 July

Resepi Bayi: Cekodok Pisang Gluten Free


Resepi Makanan Baby Dan Cara Membuat Cekodok Pisang Gluten Free Untuk Bayi

Bahan-bahan
Pisang yang dah dilenyek
Tepung beras
Tepung jagung 

Cara-caranya
Kacau rata tak perlu air ye 
Sukatan ni agak-agak nak buat banyak ke sikit 

nota: pemilik resepi buat untuk anak beliau yang berusia setahun

Perkongsian oleh: Athirah Razali di group Happy Baby Foods Malaysia

27 July

27 July

Resepi Sup Telur Style Restoran Cina


Resepi Dan Cara Membuat Sup Telur Style Restoran Cina
Bak kata pemilik resepi ini, sesuai untuk yang tak ada selera ataupun tak sedap badan. Jom kita cuba buat!

Bahan-bahan
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung
Telur 2-3biji (dipukul biasa)
Sedikit serbuk kunyit
Garam/perisa/black pepper/pepper
SOS tiram sikit
Sayur dan bahan tambahan (pilihan:sayur, bebola,crab stick atau yang dirasakan sesuai)

Cara-caranya
-Didihkan air + serbuk kunyit bagi color lite-lite
-Masuk bancuhan tepung jagung sambil di kacau elak berketul
-Gunakan penapis tos minyak macam stainless steel tu, masukkan telur dalam tapis Tu dan goyang2 bagi telur jatuh dalam air tepung yang mendidih. Buat lah pusingan bagi Telur habis jatuh berjurai semua. Sambil di kacau2 membulat. 
-Kemudian masukkan bahan penyedap semua.
-Last sekali baru masuk sayur (tutup api baru letak)
nota: Jika nak letak bebola ataupun crab stick kena letak awal untuk bagi masak. 

Perkongsian oleh: Harum Wangi di group Mahn

26 July

26 July

Resepi Udang Salted Egg Air Fryer


Resepi Dan Cara Membuat Udang Salted Egg Menggunakan Air Fryer
Kalau dah tak tahu nak masak apa, air fryer pon dah lama tak diguna, elok kita cuba resepi ni.

Udang dibakar dalam airfryer:
(Saiz udang tu besar jadi kena tambahkan lebih masa supaya dapat udang yang masak sekata)

Udang suhu 160°C (masa 12 min terbalikkan + 5 min)

Cara membuat kuah (masak dalam kuali biasa)
Bahan-bahan
Bawang putih cincang Daun kari Cili padi potong kecil-kecil Susu cair Butter utk tumis Cara-caranya-Cairkan butter, masukkan bawang putih, daun kari serta cili padi. -Dh wangi masukkan susu cair, kemudian salted egg instant sauce. -Kacau-kacau sebati masukkan udang, -Gaul-gaul supaya mesra, nak pekat boleh nak berkuah pon ikut citarasa dan siap!

Perkongsian oleh: Syana Anuya Manmad di group FB Resepi Air Fryer [Malaysia]

23 July

23 July

Resepi Bayi: Tomyam Putih


Resepi Makanan Baby Dan Cara Membuat Tomyam Putih Untuk Bayi 
Kadang-kadang tak tahu nak buat lauk apa untuk anak? jom kita cuba tomyam seperti pemilik resepi ini buat untuk anak beliau yang berusia 7 bulan.

Resepi seperti berikut:

Bahan-Bahan
Isi ayam
Bawang bawang besar* (potong 4)
Bawang putih* (ketuk)
Serai* (ketuk)
Halia* (ketuk)
Daun limau purut
Kubis panjang
Brokoli
Cauliflower
Carrot
Kacang peas
Tomato ceri

Cara-caranya
-renehkan bawang besar, bawang putih, halia, serai dan tomato ceri
-bila dah menggelegak masukkan isi ayam, kacang peas, carrot dan daun limau purut
-last masukkan kubis panjang dan brokoli. Tutup api dan siap!

Perkongsian oleh: Norfaezawati Wahid di group FB Happy Baby Foods Malaysia (HBFM)

22 July

22 July

Resepi Roti Jala Kuah Serawa Durian, Mesti Sedap!


Resepi Dan Cara Membuat Roti Jala Kuah Serawa Durian, Mesti Sedap!
Sekarang kan musim durian walaupun dah hujung-hujung, jom kita cuba buat roti jala cicah kuah serawa durian. 

Resepi seperti berikut:

Untuk Roti Jala:
Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air@,susu cair atau santan (pilihan).(pemilik resepi guna air dan susu cair) 2 cawan air dengan 1 cawan susu cair)
Sedikit pewarna kuning.

Cara-caranya
Kisarkan semua bahan di atas hingga sebati
(Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.tebar atau tirai adunan atas kuali.)

Lepas tebar atas kuali biarkan dalam beberapa saat
(Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.)

Untuk buat dua warna, buat lagi satu adunan sama seperti di atas dan letak pewarna kesukaan

Untuk Serawa Durian:
Bahan-Bahan
Durian
Daun pandan
Gula melaka+gula merah
Garam
Santan atau susu cair (pilihan)

Cara-caranya
Campur semua bahan diatas dalam satu periuk
Suaikan rasa manis, lemak..
Kacau hingga pekat hingga durian bercampur dengan kuah.senantiasa/sentiasa kacau kalau guna santan agar santan tak pecah minyak, kacau dengan api perlahan.

Perkongsian oleh: Eniza M. Salim di group MENU@KAMPUNG💖

21 July

21 July

Resepi Bayi: Nasi Ayam Hainan


Resepi Makanan Baby Dan Cara Membuat Nasi Ayam Hainan Untuk Bayi
-Bila anak dah boleh mengunyah dan boleh makan macam-macam, boleh la kita cuba buat.

Resepi seperti berikut:

Bahan-Bahan
Untuk nasi:
Beras yang dah dibasuh
Tiga sekawan
CFS (Chicken Feet Stock)
Unsalted butter
Serbuk kunyit sikit (untuk warna)
(pemilik resepi guna short cut sebab dah ada CFS, jadi tak payah rebus ayam guna sup dia untuk air tanak nasi)

Untuk Ayam Hainan
Bersihkan ayam
Tumbuk bawang putih 2-3 ulas, lada hitam 3 4 biji

Cara-Caranya
Gaul rata pada ayam
Tambah minyak bijan secukup rasa
Perap dalam 10 mini
Kukus sehingga masak dan siap!

Perkongsian oleh: Fira Shafira Hasny di group Resepi Makanan Bayi

18 July

18 July

Resepi Ikan Masin Kurau Sambal Berlada Petai


Resepi Dan Cara Membuat Ikan Masin Kurau Sambal Berlada Petai
Mesti sedap dimakan bersama nasi panas, nak pulak time hujan. Jom kita cuba buat

Resepi seperti berikut:

Bahan-Bahan
ikan masin kurau dadu goreng jap
tempe dadu goreng jap
petai
cili besar 3 bji *
cili padi merah 10 bji *
cili padi hijau 10 bji *
bawang besar 2 bji *
bawang Puteh 2 ulas *
(blender kasar bahan bertanda *)
garam gula
asam keping

Cara-caranya
-Tumis bahan blender hingga naik bau..
-Masukan gula, tumis lagi sampai bertukar warna dan masukkan asam keping.
-Masukan bahan-bahan yang siap digoreng
-Gaul sebati,perasakan.. biarkan agak kering
-Masukan petai, gaul sebati dan siap!

Perkongsian oleh: Norashikin Ismail di group Mahn

15 July

15 July

Resepi Pencicah Kicap Mangga Muda


Cara Membuat Pencicah Kicap Mangga Muda
-boleh juga dicicah dengan buah lain seperi jambu, nenas dan lain-lain yang sesuai. 

Bahan-bahan
5 sudu besar gula pasir
5 sudu besar kicap manis
4 biji hingga 5 biji cili akar
1 sudu besar cili flakes
1 sudu kecik pencukup rasa (pilihan)

Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan gaul sebati

Perkongsian oleh: Nur Aqilah Jufri di group Mahn

14 July

14 July

Resepi Ayam Bakar Madu Air Fryer


Resepi Dan Cara Membuat Ayam Madu Menggunakan Air Fryer
Jom kita buat ayam bakar madu, mesti sedap diratah ataupun makan bersama nasi.

Bahan Untuk Perapan
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Serbuk cili
Sos tiram
Kicap manis
Madu 
Brown sugar
Black Pepper/White Pepper (Ajisho)

Cara-caranya
-Gaul sebati dan perap sebentar
-Renjis minyak sikit
-bakar dalam air fryer dengan suhu 180°c selama 20 minit (terbalikkan pada minit ke-10)

Perkongsian oleh: DLieya SA di group FB Resepi Air Fryer [Malaysia]