Himpunan Resepi

Blog ini menghimpunkan resepi-resepi dari pelbagai sumber untuk maafaat semua orang . Kredit diberikan kepada pemilik asal resepi.

ANDA MUNGKIN MINAT?

22 July

Resepi Roti Jala Kuah Serawa Durian, Mesti Sedap!


Resepi Dan Cara Membuat Roti Jala Kuah Serawa Durian, Mesti Sedap!
Sekarang kan musim durian walaupun dah hujung-hujung, jom kita cuba buat roti jala cicah kuah serawa durian. 

Resepi seperti berikut:

Untuk Roti Jala:
Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air@,susu cair atau santan (pilihan).(pemilik resepi guna air dan susu cair) 2 cawan air dengan 1 cawan susu cair)
Sedikit pewarna kuning.

Cara-caranya
Kisarkan semua bahan di atas hingga sebati
(Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.tebar atau tirai adunan atas kuali.)

Lepas tebar atas kuali biarkan dalam beberapa saat
(Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.)

Untuk buat dua warna, buat lagi satu adunan sama seperti di atas dan letak pewarna kesukaan

Untuk Serawa Durian:
Bahan-Bahan
Durian
Daun pandan
Gula melaka+gula merah
Garam
Santan atau susu cair (pilihan)

Cara-caranya
Campur semua bahan diatas dalam satu periuk
Suaikan rasa manis, lemak..
Kacau hingga pekat hingga durian bercampur dengan kuah.senantiasa/sentiasa kacau kalau guna santan agar santan tak pecah minyak, kacau dengan api perlahan.

Perkongsian oleh: Eniza M. Salim di group MENU@KAMPUNG💖

No comments:

Post a Comment