Himpunan Resepi

Blog ini menghimpunkan resepi-resepi dari pelbagai sumber untuk maafaat semua orang . Kredit diberikan kepada pemilik asal resepi.

ANDA MUNGKIN MINAT?

03 November

Resepi Viral 2022 Donut Red Velvet


Resepi Dan Cara Membuat Donut Red Velvet
Sekarang tengah viral donut red velvet pula, sebelum ini donut susu. Jom kita cuba!

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis instant
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar emulco Red Velvet
3/4 cawan air suam
Secubit garam
1 sudu besar marjerin


Cara-caranya
-Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin
-Gaul dan uli sampai sebati
-Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin
-Perap 30 minit - 1 jam. Bentukkan jadi donut guna acuan/tangan
-Perap lagi 20-30 minit. Goreng dalam minyak panas, api perlahan dan siap

Perkongsian oleh: Khairunnisa Mohammad (FB), Youtube: MAMA ECAH'S HOMEMADE

No comments:

Post a Comment