Himpunan Resepi

Blog ini menghimpunkan resepi-resepi dari pelbagai sumber untuk maafaat semua orang . Kredit diberikan kepada pemilik asal resepi.

ANDA MUNGKIN MINAT?

06 June

Resepi Lempeng Telur

Resepi Lempeng Telur ( hidangan 1 orang )


Sumber: Sendiri

Bahan-bahan

1 biji telur
3/4 cawan gandum
2 sudu besar gula (secukup rasa)
secubit garam jika perlu
Air secukupnya


Cara Membuat:
  • Pukul telur dengan gula hingga kembang, masukkan secubit garam jika perlu.
  • Masukkan tepung gandum sambil kacau hingga sebati.
  • Tambah dengan sedikit air jika perlu.dan kacau hingga sebati.
  • Panaskan kuali dan calitkan sedikit minyak pada kuali. Sekiranya menggunakan jenis kuali yang tidak melekat, tidak perlu sadurkan minyak pada kuali.
  • Bakar lempeng hingga berwarna kuning-kekuningan.
**** Lempeng ini sangat mudah disediakan dan sesuai dimakan semasa sarapan pagi.

No comments:

Post a Comment