RESEPI KEK LOTUS BISCOFF
BAHAN - BAHAN
BAHAN CRUST
125 g biskut Lotus (dihancurkan)
45 g unsalted butter (dicairkan)
BAHAN KRIM KEJU
250 g krim keju
150 g krim putar tenusu
25 g gula kastor
1 sudu besar Biscoff spread
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Satukan mentega yang dicairkan dan biskut yang dihancurkan. Kacau sebati.
2. Letakkan di dalam loyang bersaiz 6 inci. Rata dan padatkan. Sejukkan di dalam peti ais.
3. Sementara tu, keluarkan krim keju selama 15 minit supaya ianya lembut sedikit.
4. Kemudian, pukul krim keju hingga teksturnya berkrim. Masukkan Biscoff spread tadi.
5. Pukul krim putar bersama gula kastor sehingga adunan menjadi bertanduk / stiff peak. Jangan pukul terlalu lama.
6. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan lagi di dalam peti ais.
7. Cairkan Biscoff spread dan biar sehingga sejuk.
8. Setelah sejuk, tuang ke dalam loyang, dan sejukkan selama 3-4 jam.
9. Apabila betul-betul sejuk, boleh keluarkan dari loyang. Sedia untuk dihidang.
Kredit Resepi :
Nani Mohd
No comments:
Post a Comment